![]() |
CIKGU HJH. SITI MUSNI BT HJ. RADZI |
![]() |
CIKGU NORZAKIAH BT RAMLAN |
![]() |
CIKGU HJH. AZMAH BT DAUD |
![]() |
CIKGU ROSMAH BT NASIR |
![]() |
CIKGU NUZILAH BT SHAFI'EE |
![]() |
CIKGU HJH. KHATINI BT OSMAN |
![]() | ||
CIKGU ROSDI MAT HUSAIN |
1.
|
Faktor
murid dan faktor guru adalah sangat penting untuk
mencapai prestasi yang baik dalam matematik di sesebuah sekolah.
|
2.
|
Garis
panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang
didapati berkesan di sekolah-sekolah menengah yang mempunyai pencapaian
tinggi dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk
sekolah-sekolah menengah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam
matematik.
|
2.1
|
Pengurusan:
a) Pengetua bertindak
aktif sebagai pengurus kurikulum dengan ;
i. Menyertai mesyuarat
Panitia Matematik
ii. Mengambil tindakan
susulan ke atas aktiviti Panitia Matematik
iii. Menyemak kerja
bertulis murid secara berterusan dan teliti
b) Pihak sekolah
merancang dan menyediakan program peningkatan prestasi dalam matematik dengan
i) Menyusun jadual
waktu matematik yang sesuai
ii) Menetapkan
pelunjuran pencapaian matematik serta mengatur strategi untuk mencapainya.
iii) Mengadakan pelbagai
aktiviti untuk meningkatkan prestasi dalam matematik seperti system mentor ,
kelas pemulihan , kem matematik , minggu matematik dan pengaliran murid
mengikut kebolehan matematik.
c) Pengetua menentukan
guru yang mengajar Matematik itu beropsyen matematik.
d) Pengetua
menjalankan pencerapan pengajaran Matematik secara berterusan dan terancang.
e) Sekurang-kurangnya
10% daripada peruntukan Sains dan Matematik digunakan untuk membeli alat matematik.
f) Semua guru
Matematik diberi peluang untuk menyertai aktiviti perkembangan staf.
g) Aktiviti
kokurikulum yang sesuai dirancangkan untuk mempertingkatkan pembelajaran
matematik.
h) Pengetua mempunyai
hubungan yang baik dengan semua pihak, terutamanya guru, murid dan ibubapa.
|
2.2
|
Guru:
a) Guru menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan sentiasa berusaha meningkatkan
profesionalisme mereka dalam bidang matematik.
b) Guru menguasai isi
kandungan sukatan pelajaran Matematik yang diajarnya.
c) Guru mempunyai
pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ilmu matematik.
d) Guru menyediakan
rancangan pengajaran berdasarkan kehendak kurikulum dan prinsip pedagogi.
e) Guru mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
f) Guru selalu :
i) Menggunakan
strategi dan kaedah yang sesuai dengan kandungan pelajaran dan kebolehan
murid.
ii) Mengimbangi
pemahaman konsep dengan penguasaan kemahiran
iii) Menggunakan bahan
tambahan bagi melengkapi bahan dalam buku teks.
iv) Memberi peluang
untuk murid mengembangkan kemahiran berfikir.
v) Mengamalkan gaya
pengajaran yang merangsangkan pembelajaran murid.
g) Guru memberi
latihan bertulis dan kerja rumah yang terancang , mencukupi dan sesuai untuk
kebolehan murid serta:
i) Menunjukkan contoh
penyelesaian secukupnya sebelum murid membuat latihan.
ii) Menggalakkan murid bekerja secara individu dan dalam kumpulan kecil
iii)Memastikan murid menulis kerja penyelesaian dengan kemas dan teratur
h) Guru menyemak semua
latihan bertulis murid dengan teliti dan secepat mungkin serta memberi komen
yang membina dan membincangkan kesilapan umum dalm kelas.
i) Guru menjalankan
penilaian berterusan secara terancang melalui pelbagai cara
i) Membincangkan
bersama sama murid penyelesaian bagi soalan ujian yang diberi
ii) Menganalisis
keputusan ujian untuk mengenalpasti kelemahan murid
iii)Mengajar
semula konsep atau kemahiran tertentu
j) Guru menggunakan pelbagai
cara untuk memotivasikan murid supaya mereka terus berusaha
memperbaiki prestasi mereka atau mengekalkan kecemerlangan mereka dalam
pembelajaran matematik.
|
2.3
|
a)
Murid mematuhi jadual belajar kendiri dengan tekun dan bersistem.
b)
Murid belajar dengan pelbagai cara seperti belajar bersendirian
c)
Murid berbincang dengan guru
d)
Murid berbincang dengan rakan sebaya
e)
Murid mengulangkaji
dengan kerap
f)
Murid menyiapkan
latihan yang diberi dengan menepati masa dan membuat pembetulan
g)
Murid aktif dalam kelas :
i)
Bertanya soalan
ii)
Memberi jawapan
iii)Membuat
rumusan
iv)Memberi
pandangan dan cadangan
h)Murid membuat latihan
tambahan dengan inisiatif sendiri
i)Murid
menunjukkan minat dan keyakinan diri yang tinggi dalam matematik
j)
Murid aktif
dalam kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan matematik
|
2.4
|
Bahan:
a) Alat bantu mengajar
dirancang penggunaanya secara bersistem.
b) Alat bantu mengajar
yang sesuai selalu digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta menarik minat murid
c) Alat bantu mengajar
disediakan oleh guru dan murid
d) Penyelenggaraan dan
penyimpanan alat bantu mengajar diuruskan dengan baik
e) Guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi
pendidikan dalam pengajaran matematik.
f) Bahan yang sedia
ada seperti TV Pendidikan, kaset, CD, carta dan radio digunakan secara
optimum dalam pengajaran matematik.
g) Murid diberi
peluang menggunakan alat bantu mengajar.
h) Sudut matematik
diwujudkan disemua bilik darjah
|
3
|
Garis
panduan peningkatan prestasi dalam matematik merupakan senarai amalan yang
didapati berkesan di sekolah-sekolah rendah yang mempunyai pencapaian tinggi
dalam matematik. Senarai ini boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk
sekolah-sekolah rendah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dalam
matematik.
|
3.1
|
Pengurusan:
a) Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah dan Panitia Matematik berfungsi sepenuhnya untuk merancang
, mengelola , mengawal dan menilai program matematik dan seterusnya membuat tindakan
susulan
b) Kelemahan dan
kekuatan murid dalam matematik dikenalpasti dan dijadikan asas untuk
perancangan program matematik bagi jangka panjang dan jangka pendek
c) Aktiviti
perkembangan staf seperti ceramah, bengkel dan lawatan diadakan untuk
meningkatkan ketrampilan dan pengetahuan guru tentang matematik
d) Guru besar selalu
mencerap pengajran guru matematik secara terancang dan membimbing mereka
melalui perbincangan perseorangan atau dalam mesyuarat guru untuk
meningkatkan prestasi masing masing
e) Guru besar atau
guru penolong kanan menyemak buku latihan matematik murid secara terancang
dan mengikut kreteria tertentu
f) Kelas bimbingan
tambahan diadakan untuk membantu murid mengatasi masalah dalam pembelajaran
matematik.
g) Setiap guru
dilantik sebagai bapa angkat kepada beberapa orang murid untruk membantu
mereka menyelesaikan masalah pembelajaran.
h) Hubungan yang baik
dan kerjasama yang erat diwujudkan di antara guru besar dengan guru, guru
dengan guru serta di antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau
menjayakan semua program matematik yang dijalankan di sekolah.
|
3.2
|
Guru:
a) Guru peka kepada
perkembangan baru dalam pendidikan matematik dan bersedia mencuba idea baru
yang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik.
b) Guru selalu
berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat bagi mengatasi masalah dalam
pengajaran matematik
c) Guru menggunakan
sumber ikhtisas yang ada di dalam dan di luar sekolah untuk membantu mereka
mengatasi masalah dalam pembelajaran matematik
d) Guru yang
berkemahiran dan berminat mengajar matematik ditugaskan mengikut kelasnya pada
tahap 1 atau tahap 2.
e) Guru berikhtiar
menanamkan tanggapan bahawa matematik adalah mudah dan menyeronokkan di
kalangan murid.
f) Guru menggunakan
bahan dan teknik mengajar yang sesuai untuk membolehkan murid belajar
matematik melalui pengalaman.
g) Guru membeti
latihan berperingkat yang maksimum mengikut kebolehan murid dan memeriksa
hasilkerja murid dengan teliti dan kemas kini,
h) Guru peka kepada
perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid serta masalah yang dihadapi oleh
setiap murid dan membantu meningkatkan pembelajaran mereka.
i) Guru berusaha
memberi rangsangan kepada murid untuk berjaya dalam matematik.
j) Guru memastikan
setiap murid di Tahap 1 menguasai fakta asas dalam operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi.
k) Guru sentiasa
menggunakan apa yang terdapat di alam sekitar yang berkaitan dengan matematik
dalam pengajaran mereka.
|
3.3
|
Murid:
a) Murid berusaha
memperbaiki diri mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam matematik dengan:
i)
Membuat latihan dengan tekun
ii) Menghafal fakta
asas dalam tambah, tolak, darab dan bahagi
iii) Berbincang dengan
rakan atau bertanya kepada guru apabila menemui sesuatu masalah dalam
pelajaran
iv) Membantu rakan
menyelesaikan sebarang masalah matematik
b) Murid bersemangat
dan berkeyakinan dalam pembelajaran matematik
c) Murid mengamalkan
kemahiran matematik dalam kehidupan harian
|
3.4
|
Bahan:
a) Sukatan Pelajaran
dan Buku Panduan Khas Matematik digunakan sepenuhnya sebagai rujukan untuk
merancangkan pelajaran matematik
b) Buku teks dan buku
aktiviti digunakan untuk memberi murid latihan pengukuhan setelah mereka
menguasai sesuatu kemahiran
c) Alat Bantu Mengajar
selalu digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan kemahiran matematik
yang diajar.
d) Bahan yang biasa
ditemui oleh murid dalam alam sekitar digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik
e) Bahan pengaya untuk
matematik yang menarik dan mencabar disediakan dengan mencukupi untuk
kegunaan murid
f) Bahan pemulihan mengikut
keperluan murid disediakan dan digunakan untuk membantu murid mengatasi
kesukaran mereka dalam pelajaran matematik
g) Bahan teknologi
pendidikan seperti Radio Pendidikan, TV Pendidikan , OHP , slaid dan CD
digunakan sepenuhnya.
|
1
|
PERLIS
|
a)Projek
Celik 3M untuk murid tahap 1 dan 2 sekolah rendah .Projek ini akan mengenal
pasti murid yang masih belum menguasai matematik dan sekolah akan mengambil
tindakan untuk mengatasinya.
b)Penyeliaan
Jarak Jauh Semua Sekolah .PPSMdan Penyelia Matematik negeri menyemak buku
latihan matematik yang dihantar secara rawak oleh sekolah ke JPN.
c)Merakamkan
contoh pengajaran guru matematik cemerlang bagi tajuk “Rumus Algebra”.
d)”Blue
Print”Pemulihan bagi murid Tingkatan 1. Di awal penggal
persekolahan semua murid Tingkatan 1 diuji dengan kertas yang sama .Pelajar
yang didapati lemah akan diberi pemulihan dan akan diuji semula di akhir
penggal persekolahan.
e)
Lawatan Pasukan Pembimbing Kurikulum . Pegawai dari pasukan ini akan
memberi bimbingan kepada guru matematik selepas pencerapan yang dilakukan di
bilik darjah .
f)Menggalakkan
sekolah untuk terus mengadakan aktiviti perkampungan matematik setiap tahun
bagi meningkatkan prestasi matematik di sekolah masing- masing.
|
2
|
KEDAH
|
a)Mengadakan
peperiksaan UPSR di sekolah rendah .
b)Memberi
taklimat /ceramah tentang peningkatan prestasi dalam matematik kepada semua
guru besar dan guru di Baling dan Sik
c)Mengadakan
krusus pengukuhan matematik T1-T3 kepada guru matematik di Padang Terap/Pendang.
d)Merakamkan
video bagi satu siri pengajaran matematik sekolah rendah mulai tahun1 hingga
tahun 6. Rakaman bagi tahun satu telah siap .
e)Bimbingan
dari guru yang cemerlang matematik untuk kursus/bengkel pengukuhan matematik
T1-T3, dan mengubal rancangan pendidikan khas matematik T4/5 untuk murid yang
lambat .
f)
Mendedahkan idea dan strategi yang diperoleh dari kursus”Breaktroughs in
teaching Matematics” kepada guru matematik .Pendedahan ini dijalankan oleh
pegawai yang telah menghadiri kursus tersebut. (Bagaimana seorang guru dapat
membimbing muridnya dalam penguasaan “Pecahan” mulai dari peringkat maujud
hingga ke peringkat abstrak.
g)Mendedahkan
kaedah aktiviti berperingkat kepada guru matematik mengikut peringkat .
|
3
|
PULAU
PINANG
|
a)Mengadakan
demonsterasi tentang pengajaran tajuk pecahan bagi tahun 6 di Cangkat Minden
dan tajuk Bahagi di Balik Pulau oleh guru cemerlang kepada guru matematik di
daerah tersebut .
b)
Mengadakan lawatan bimbingan dan penyeliaan secara kelompok atau individu ke
sekolah-sekolah.
c)
Penulisan modul matematik Tahun 1 dan mengadakan kursus pendedahan
mengenainya kepada kursus .
|
4
|
PERAK
|
a)Mengadakan
ceramah motivasi dan peningkatan untuk murid-murid Tahun 6,Tingkatan 3 dan
Tingkatan 5 di awal penggal persekolahan oleh pegawai JPN dan kakitangan
Sumber/Kakitangan Penting Matimatik .
|
5
|
SELANGOR
|
a)Menjalankan
Projek MEKAR untuk meningkatkan prestasi sekolah rendah melalui penggunaan
ABM.
b)
Meneruskan pelaksanaan kursus peningkatan prestasi matematik peringkatan SRP
dan SPM yang telah dimulakan pada tahun 1990.
c)Meneruskan
penerbit buku kerja matematik sekolah rendah (Tahun 1-6)yang telah
diterbitkan mulai tahun 1990.
d)JKkecil
kurikulum matematik daerah telah menjalankan aktiviti seperti ceramah tentang
kesilapan umum dalam matematik kepada guru matematik Tahun 3 dan 6 dan
aktiviti pembinaan alat pengajaran dan pembelajaran.
|
6
|
WILAYAH
PERSEKUTUAN
|
a)Mengadakan
kursus pengukuhan operasi bahagi tahap II kepada guru –guru KBSR.
b)Mengadakan
kursus kawal pandu penyeliaan dan pencerapan matematik untuk guru penolong
kanan I.
c)Mengadakan
bengkel penulisan soalan ujian percubaan matematik UPSR kepada guru sekolah
rendah .
d)Menjalankan
kursus matematik Pra T 1 untuk guru Tahun 6.
|
7
|
NEGERI
SEMBILAN
|
a)PPSM
mengadakan kursus bimbingan kepada guru matematik sekolah menengah di
daerah-daerah Negeri Sembilan.
b)Mengadakan
kursus matematik bagi guru matematik di Sekolah Sampel/Sekolah Projek.
c)Menyedarkan
modul pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1 ke semua sekolah rendah.
|
8
|
MELAKA
|
a)Merakamkan
contoh pengajaran guru cemerlang bagi tajuk Ukuran Panjang untuk Tahun 3 dan
Pecahan untuk Tahun 5.
b)Mengadakan
bengkel pembinaan soalan diagnostic untuk Tahun 3 dan 5,dan Tingkatan I-III.
c)Mengadakan
ujian pengesanan Matematik bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3.
d)Mengadakan
kursus dan bengkel meningkatkan strategi pelajaran dan pembelajaran kepada
guru matematik Tahun 1 dan kursus Peningkatan Keilmuan untuk guru matematik
Tahap 2.
e)Mengadakan
projek”Gor For 100” bagi matapelajaran Matematik Tahun 6 dalam UPSRyang
melibatkan 35 buah sekolah rendah.
|
9
|
JOHOR
|
a)Menghasilkan
program MAS(Matematik Senang dan Seronik) yang dilaksanakan di semua sekolah
rendah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
|
10
|
PAHANG
|
a)Mengadakan
kursus peringkat daerah tentang pengajaran dan pembelajaran matematik melalui
pengalaman guru cemerlang kepada Guru Panitia Matematik.
b)Mengadakan
kursus peningkatan prestasi matematik peringkat UPSR,SRP dan SPM untuk
guru-guru dari sekolah pencapaian rendah yang terpilih.
|
11
|
TERENGGANU
|
a) Menjalankan soal
selidik tentang keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kepada
180 guru sekolah rendah dan 100 guru sekolah menengah
b) Mengemaskini data
dan maklumat guru-guru matematik Negeri Terengganu.
c) Mengadakan
perbincangan dengan pegawai RESCAM berhubung dengan rancangan tindakan
meningkatkan prestasi dalam matematik
d) Mengedar pekeliling
tentang pelaksanaan congak sekurang-kurangnya 5 minit di awal pengajran di
sekolah rendah
e) Menggalakkan
aktiviti peringkat daerah yang berkaitan dengan matematik. PPD Kemaman telah
menjalankan bimbingan guru guru cemerlang dalam mana seorang guru dari Negeri
Sembilan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam meningkatkan
prestasi matematik murid aliran sastera. PPD Hulu Terengganu telah mengadakan
kursus kesedaran matematik kepada semua guru besar dan penolong kanan daerah tersebut.
Manakala PPD Dungun / Marang telah mengadakan Kem Matematik Menengah Rendah
dan Menengah atas bagi murid yang akan menduduki peperiksaan.
|
12
|
KELANTAN
|
a) Mengadakan kursus
peningkatan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 1-5 di Daerah
Machang, Tanah Merah dan Jeli.
b) Menjalankan kursus
/ bengkel peningkatan prestasi matematik peringkat SRP bagi guru matematik
Tingkatan 3 dan guru kanan di daerah Kota Baharu.
c) Mengadakan kursus
pengukuhan matematik sekolah rendah di Pusat Kegiatan Guru Mekasar dan Kedai
Tanjung.
d) Mengadakan kursus
pendedahan strategic pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 6 kepada
|
13
|
SABAH
|
a) Mengadakan Seminar
Tahun Matematik Peringkat Negeri untuk member kesedaran kepada pengetua /
guru besar , murid dan ibu bapa tentang kepentingan matematik.
b) Mengadakan
Seminar Peningkatan Kesedaran Matematik untuk PIBG peringkat daerah.
c) Mengadakan Kursus
Asas KBSR bagi guru matematik sekolah kebangsaan dalam usaha meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran matematik mereka.
|
14
|
SARAWAK
|
a) Menjalankan bengkel
penulisan bahan matematik menengah rendah bagi beberapa tajuk matematik
tingkatan 1 hingga tingkatan 3
b) Mengadakan sesi
latihan berbentuk ceramah / demonstrasi oleh kakitangan sumber dan pegawai
JPN kepada guru –guru sekolah rendah dan menengah yang dikumpulkan mengikut
zon atau kelompok.
c) Menjalankan Projek
Amalan Matematik (PAM) untuk mengukuhkan kemahiran dan konsep asas matematik
bagi murid sekolah rendah. Projek ini mnekankan kegiatan kokurikulum dan
pengajaran yang beroreintasikan aktiviti murid.
|